Welcome, visitor! [ Login

Comments Off on Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Universiti di Timur Tengah

Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Universiti di Timur Tengah

General January 27, 2018

PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MOROCCO) BAGI SESI KEMASUKAN 2017/2018

1. Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2017/2018 perlu membuat permohonan secara dalam talian di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah

2. Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 17 Januari 2017 (Selasa) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup pada 2 Februari 2018 pukul 5.00 petang.

3. Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuka pada 17 Januari 2018 (Selasa) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan.

4. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6226/6627.

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

MOHON SEKARANG!!

  • Senarai Terkini Biasiswa Malaysia 2024 | 2025 | Malaysia Scholarships 2024

    by on May 8, 2024 - 0 Comments

    Kemaskini Terkini Tawaran Biasiswa 2024 untuk Permohonan Pelajar Lepasan SPM | STPM | Diploma | Ijazah Sarjana Muda | Master & Ph.D | Biasiswa JPA 2024/2025 | Tawaran Biasiswa JPA 2024/2025  dan lain-lain :- List of Scholarships for SPM/STPM School Leavers | APPLY NOW!! WE’LL UPDATE TIME TO TIME….  GOOD LUCK…!!  REGARDS, ADMIN PLEASE SHARE […]

  • Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Universiti di Timur Tengah

    by on January 27, 2018 - 0 Comments

    PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MOROCCO) BAGI SESI KEMASUKAN 2017/2018 1. Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2017/2018 perlu membuat permohonan secara dalam talian di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah 2. Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka […]